Sistem Sosial Masyarakat Melayu



Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Melayu adalah bercorak feudal. Secara umumnya, masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua golongan, iaitu golongan memerintah dan golongan yang diperintah. 
Walaupun golongan memerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai pengaruh dan kuasa yang luas dalam masyarakat Melayu tradisional. 

Golongan ini terdiri daripada sultan atau raja, kerabat diraja, pembesar dan ulama. Manakala, golongan yang diperintah merupakan golongan yang sangat ramai dalam kalangan masyarakat Melayu. Mereka terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka dan golongan hamba. Setiap golongan dalam masyarakat Melayu mempunyai peranan masing-masing.



Sultan / Raja

Lapisan yang paling atas dalam struktur masyarakat Melayu ialah Sultan atau raja.  Peranan sultan juga dapat dilihat dalam bidang ekonomi dan kehakiman.  Ini dapat dilihat dalam penggunaan bahasa istana, warna kuning dan alat-alat kebesaran raja yang hanya diperoleh oleh raja dan rakyat tidak ada hak untuk menggunakannya. 

Sultan juga dikatakan mempunyai kuasa daulat dan rakyat tidak boleh membantah kata-kata raja kerana ia akan dikatakan menderhaka terhadap sultan dan akan membawa bencana terkena tulah. Bagi mengesahkan kekuasaan seseorang raja, upacara pertabalan sultan akan dilaksanakan. 

Sultan juga menjadi lambang perpaduan dan keamanan negeri Melayu.



Kerabat Diraja
 
      Lapisan kedua dalam struktur masyarakat Melayu ialah kerabat diraja. Golongan ini mempunyai pertalian darah dengan sultan. Golongan ini biasanya menggunakan gelaran raja atau tengku. Kedudukan dan pengaruh golongan ini agak besar dalam masyarakat Melayu. 

 Golongan ini juga sangat dihormati oleh rakyat jelata. Anak-anak raja akan diberikan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan, misal­nya akan memerintah daerah atau mukim tertentu. Bilangan kerabat diraja sangat ramai kerana amalan berpoligami oleh sultan. 



Pembesar Melayu

Golongan pembesar mempunyai kedudukan yang ketiga dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 di Tanah Melayu.  Biasanya golongan bukan kerabat diraja mendapat jawatan pembesar kerana mempunyai kebolehan mentadbir dan berjasa kepada kerajaan.

 Tugas golongan pembesar ialah menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan atau daerah masing-masing. Pembesar juga mempunyai kuasa kehakiman seperti menjatuhkan hukuman terhadap pesalah. Pembesarlah orang yang bertanggungjawab untuk mengekalkan taat setia rakyat terhadap sultan dengan cara melaksanakan sistem kerah dan serah

Terdapat golongan pembesar yang bertugas di luar istana iaitu penghulu dan ulama. Tugas penghulu sebenarnya menjaga keamanan, membekalkan tenaga buruh, mengutip cukai dan memastikan rakyat sentiasa taat setia kepada raja. Manakala ulama merupakan golongan cerdik pandai dalam bidang agama Islam. Biasanya golongan ini akan memegang jawatan seperti kadi, mufti, imam, khatib dan guru agama. 


Sambungan >>>>>





( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...