Peristiwa Besar yang Berlaku Dalam Sejarah Islam




Peperangan Badar

1)    Peperangan Badar berlangsung pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah. Peperangan ini turut dikenali sebagai Yaumul Furqan iaitu hari pemisah antara hak dan batil.



Pembebasan Kota Mekah

2)    Pembebasan Kota Mekah  yang berlaku pada 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah. Sebelumnya, Kota Mekah menjadi kota keagamaan bagi beberapa agama yang bersifat pagan, animisme dan tradisi masyarakat Quraisy. Sejarah pembebasan Kota Mekah menjadi kemuncak kepada kemenangan Islam khususnya kaum Mujahirin yang diusir oleh kaum kafir Quraisy. Pada bulan Ramadhan juga Khalid al-Walid seorang panglima Islam telah menghancurkan patung al-Uzzah di Kota Mekah.


Kaum Thaqif Menerima  Islam

3)    Pada tahun 9 Hijrah, kaum Thaqif telah menyatakan pendirian secara jelas menerima Islam sebagai agama mereka di hadapan Rasulullah SAW dan memusnahkan sendiri berhala yang pernah mereka sembah sejak berzaman, iaitu al-Lata.

Sambungan >>>>>
Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...