Sistem Ekonomi Tanah Melayu

“Sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British bersifat ekonomi sara diri semata-mata.”


Masyarakat Melayu tradisional telah mempunyai satu bentuk sistem ekonomi sara diri sejak awal lagi. Sistem ekonomi sara diri yang terbentuk cukup untuk menyara hidup tertumpu kepada kegiatan pertanian, penternakan binatang, pungutan hasil hutan, dan perlombongan secara kecil-kecilan. Walau bagaimanapun, kegiatan ekonomi berbentuk komersial telah pun bermula sebelum campur tangan British.



Menjalankan Pertanian

Sistem ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang dikendalikan bagi mendapatkan bahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain untuk menyara keperluan keluarga sendiri.  Peralatan tradisional dan tenaga binatang telah digunakan. Tenaga manusia pula terdiri daripada anggota keluarga.

Masyarakat Melayu tradisional yang tinggal di pesisiran sungai dan kawasan pedalaman ,Menanam padi sawah dan padi huma. Penanaman padi adalah kegiatan pertanian sara diri utama.Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau tanah rendah. Padi huma pula ditanam di kawasan bukit atau kawasan pedalaman.

Kawasan penanaman padi di Tanah Melayu terdapat di Negeri Kedah, Pahang, dan Kelantan. pengairan penting dalam penanaman padi. Petani-petani akan membina terusan dan parit untuk tujuan tersebut.



Penanaman Tanaman

Selain penanaman padi, pertanian sara diri juga mengusahakan penanaman tanaman lain seperti pisang, jagung, ubi kayu, dan buah-buahan. Di samping itu mereka juga menjalankan kegiatan menternak dan memburu binatang, mengumpulkan hasil-hasil hutan, menangkap ikan. Terdapat sebilangan kecil yang mengusahakan perlombongan sebagai kerja sambilan.

Di Negeri Johor, lada hitam dan gambir telah diusahakan antara tahun 1840 hingga tahun 1850- an di bawah Sistem Kangcu. Tanaman ini mendapat pasaran yang besar di Eropah dan Singapura. Lada hitam dan gambir ditanam di sepanjang sungai secara besar-besaran untuk tujuan eksport.



Perlombongan Sumber Alam

Di samping sistem ekonomi sara diri yang lebih menumpukan kepada kegiatan pertanian, masyarakat Melayu tradisional telah menjalankan sistem ekonomi komersial berlandaskan perdagangan dan perlombongan. Kegiatan perlombongan dijalankan oleh orang - orang cina menggunakan teknik lombong dedah & pam kelikir.

Kegiatan perlombongan perlu mendapat kebenaran dari pembesar atau raja.Biasanya aktiviti perlombongan dijalankan oleh  kumpulan - kumpulan kongsi gelap cina .Mereka perlu membayar cukai ke atas kegiatan perlombongan yang dijalankan

Sambungan >>>>>






( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...