Hukum Kanun Melaka

Kepentingan Hukum Kanun Melaka sebagai panduan yang lengkap dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka dan Risalat Hukum Kanun (dalam bahasa arab). Ia juga merupakan dokumen yang digubal sebagai panduan bagi seseorang pemerintah dalam menjalankan pemerintahan. 

Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang tradisional tertua di negara ini. Ia berasal daripada hukum yang dibuat oleh raja Iskandar Dzulkarnain dan kemudiannya diwarisi pemerintah Melaka pada abad ke-15. Undang-undang ini sungguh penting kerana menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.



Mewujudkan Keamanan dan Kesejahteraan
 
Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta menjamin keselamatan rakyat. Dengan itu, perilaku jenayah di dalam negeri melaka dapat diatasi dengan baik dan terurus.Hal ini demikian kerana setiap jenayah akan dikenakan hukuman yang setimpal.sebagai contoh kesalahan membunuh akan dibalas dengan hukuman bunuh. 

Ini sudah tentu akan menjadi peringatan dan rakyat takut melakukan jenayah. sekaligus negara akan aman serta keselamatan rakyat lain terpelihara. 



Sebagai Sumber Rujukan 
Selain itu, Hukum Kanun Melaka penting sumber rujukan bagi menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu.  tidak akan berlaku fenomena "main hakim sendiri" dalam kalangan masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan. Sebagai contohnya, dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi hukuman awam atau undang-undang awam menyentuh perkara-perkara seperti hutang, penyewaan tanah, harta dan hamba.

Selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi perbuatan membunuh dan menikam orang, menetak dan memukul, merampas dan mencuri, tidak menurut perintah raja dan menderhaka serta tuduh-menuduh. 



Meningkatkan Mutu dan Produktiviti
 
Pentingnya Hukum Kanun Melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan pembahagian tugas, peranan serta struktur pemerintahan. Dalam undang-undang tersebut, terkandung satu adat yang digelar Adat Lembaga yang di dalamnya mengkanunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur. Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja dan larangannya, perihal peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan syahbandar dalam membantu raja. 

Hal ini dapat melancarkan pentadbiran, memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu dan produktiviti. Maka nyatalah, Hukum Kanun Melaka dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.





( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...