Sistem Sosial Masyarakat Melayu ( 2 )



Rakyat Biasa

Mereka ini terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing. Rakyat biasa merupakan penduduk pribumi yang menetap di negeri-negeri tertentu. Mereka biasanya menjalankan kehidupan dengan menjalankan aktiviti berniaga, menangkap ikan, melombong, tukang mahir dan sebagainya. 

Rakyat biasa merupakan pengikut yang taat setia kepada pembesar yang mentadbir daerah mereka. Mereka akan menjalankan apa sahaja kehendak golongan pembesar daerah misalnya dalam sistem kerah dan serah

Golongan merdeka yang kedua ialah orang asing. Merka ini tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembali ke negeri asal mereka. Mereka merupakan golongan pedagang, perantau, mubaligh dan santeri serta orang asing yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan. 

 
Hamba

Golongan yang menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 ialah hamba. Dalam masyarakat Melayu terdapat tiga golongan hamba iaitu hamba biasa, hamba berhutang dan hamba raja. Golongan hamba biasa merupakan orang suruhan atau keturunan hamba. 

Biasanya mereka ini diperdagangkan dan menjadi hamba seumur hidup malahan seluruh keluarganya menjadi hamba kepada tuannya. Manakala hamba ber­hutang merupakan orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang. 

Kesimpulan

Kesimpulannya, struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 sememangnya sistematik; daripada golongan memerintah sehinggalah kepada golongan yang di­perintah. Setiap golongan dalam struktur masyarakat Melayu mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Namun, setelah campur tangan British dalam sistem politik negeri-negeri Melayu, struktur masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara. Hal ini kerana peranan golongan pembesar dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.







( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...