Peluasan Kuasa Asing Di Tanah Melayu

Perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara hingga tahun 1909

 

Pengenalan

Penguasaan Inggeris terhadap negeri-negeri Melayu Utara pada dasarnya adalah untuk kepentingan perdagangan. Namun disebabkan kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain seperti Jerman, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat menyebabkan Inggeris mula mengorak langkah untuk menguasai negeri-negeri Melayu yang terdiri daripada Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Bagaimanapun pada ketika itu Siam telahpun menguasai negeri-negeri tersebut. Usaha ke arah perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara bermula daripada Perjanjian Burney 1826 hingga Perjanjian Bangkok 1909





Henry Burney Dihantar Ke Bangkok

Perjanjian Burney yang ditandatangani pada 20 Jun 1826 merupakan kebimbangan Inggeris terhadap Siam dan juga Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU). Apabila raja Siam cuba memulihkan hubungan dengan NNMU, Siam telah memaksa Kedah untuk menawan Perak dan memaksa Perak menghantar bunga ufti. Siam juga telah menuduh Kedah berkomplot dengan Burma menentang Siam. Raja Siam juga telah mempersoalkan penyerahan Pulau Pinang kepada Inggeris tanpa izin daripada Siam. Sultan Ahmad Tajudin yang memerintah ketika itu tidak menghiraukan arahan Raja Siam.

Keadaan ini menyebabkan Siam menyerang Kedah dan Sultan telah cuba meminta bantuan Inggeris. Bagi Inggeris hubungan perdagangan adalah penting sama ada Siam atau NNMU. Usaha ini berjaya apabila Henry Burney dihantar ke Bangkok dan satu perjanjian telah yang dikenali Perjanjian Burney telah ditandatangani.

Bagi Inggeris perjanjian ini berjaya menyekat pengaruh Siam di Tanah Melayu.



Siam Sebagai Negara Penampan

Inggeris membuat perjanjian dengan Perancis pada 15 Jun 1896. Perjanjian ini sebenarnya bertujuan untuk melindungi kepentingan British di Siam dan Tanah Melayu serta menjamin kemerdekaan di Lembah Menam Chao Phrya yang paling kaya di Siam ketika itu dan penting untuk perdagangan British.

Dengan adanya perjanjian ini, Inggeris Berjaya menyekat perluasan kuasa Perancis ke Siam dan menjadikan Siam sebagai Negara penampan untuk mengelakkan pertembungan kuasa antara Inggeris di Burma dan India serta Perancis di Indo China



Perjanjian Sulit British & Siam

Inggeris juga telah membuat perjanjian sulit British Siam pada 6 April 1897. Perjanjian ini dibuat bagi memastikan tiada kuasa Eropah lain menguasai NNMU. Ini memandangkan kuasa-kuasa Eropah yang lain sudah mula bertapak di beberapa tempat seperti Langkawi dan Lembah Menam. Melalui perjanjian ini Siam tidak boleh menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada kuasa Barat yang lain.

Siam juga berjanji tidak akan menyerahkan hak perdagangan dan wilayah kepada kuasa asing yang lain tanpa persetujuan British.


Sambungan >>>>
Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...