Sistem Beraja Thailand & Burma



Pengenalan

Kebanyakan Negara di Asia Tenggara mengamalkan system beraja sebelum kedatangan Barat. Bagaimanapun terdapat pelbagai gelaran digunakan oleh pemerintah, misalnya raja, Susuhanan, Seri Maharaja dan Sultan. Walaupun nama berbeza namun tugas dan tanggungjawab mereka tidak banyak berbeza. Siam dan Burma menggunakan gelaran raja. 

Dalam struktur pemerintahan di kedua-dua negara ini, raja menduduki hieraki teratas dalam struktur sosial. Raja menikmati pelbagai keistimewaan dan dianggap suci dan lebih hampir kedudukannya dengan Tuhan.




Konsep Dharma

Disebabkan kedua-dua Negara ini menerima pengaruh agama Buddha dan Hindu, konsep Dharma telah diamalkan. Konsep ini menjadi ikatan anatara raja dengan rakyat biasa. Raja dianggap sebagai penaung kepada Dharma dan raja bertnggungjawab dalam usaha memeliharanya. Ini bererti bahawa raja harus memerintah negaranya dengan adil dan mengikut peraturan dan undang-undang yang diamalkan di negaranya sendiri.


 


Raja Berkuasa Mutlak

Raja berkuasa mutlak dan berkuasa penuh ke atas semua tanah kerajaan. Kuasa raja dikaitkan sebagai Tuhan. Raja di Thailand dan Burma dianggap sebagai pelindung, penaung dan bertanggungjawab ke atas perkembangan keagamaan dan kesusasteraan di kedua-dua Negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab raja bagi kedua-dua Negara ini mengekalkan adat resam tempatan. 

Disamping itu raja berperanan sebagai pelindung rakyat daripada penganiayaan. Tempat tinggal raja dianggap sebagai tempat suci yang dipilih khas oleh kedua-dua kerajaan ini. Istana dianggap sebagai pusat kerajaan, temnpat tuhan dan lambing pusat alam.




Rakyat Burma & Thailand

Rakyat Thailand dan Burma mempercayai bahawa raja merupakan jelmaan dewa-dewa terutama Dewa Siva dan Dewa Vishnu atau penjelmaan Buddha. Oleh itu raja dikurniakan sifat-sifat ketuhanan seperti dikurniakan paying putih yang merupakan symbol kedaulatan ketuhanan. 

Dalam sejarah tradisi Burma raja diberikan sifat ketuhanan oleh Brahmin dgn memberikan payung putih sebagai simbol kedaulatan dan peralatan kebesaran yg mempunyai kesaktian. Untuk memperkukuhkan ketuhanannya, raja melantik Brahmin sebagai penasihat agama.



Sambungan >>>>>






( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...