Faktor - Faktor Imperialisme Barat


Revolusi Perindustrian  Bermula

Abad ke – 19 merupakan zaman imperialisme Barat.Revolusi Perindustrian yang bermula di Britain telah memengaruhi kuasa-kuasa Barat mencari tanah jajahan di Asia Tenggara bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran.Penciptaan mesin memproses tebu telah membawa kepada perkembangan pesat industri perladangan tebu. Ini telah secara tidak langsung membawa kepada campur tangan Sepanyol di Filipina untuk mendapatkan tebu.

Dari segi politik, Masyarakat Barat sering beranggapan mereka mempunyai martabat yang lebih tinggi dan baik berbanding dengan bangsa lain.Keunggulan martabat ini dibuktikan dengan jumlah tanah jajahan yang dimiliki oleh mereka.



Kebangkitan Kuasa - Kuasa Barat Yang Lain

Kebimbangan kuasa-kuasa Barat terhadap musuh mereka dalam persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan antara kuasa-kuasa Barat besar seperti Britain, Sepanyol, Belanda, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat.Dasar British yang bercampur tangan di Tanah Melayu dengan alasan bimbang kuasa-kuasa asing lain terlebih dahulu menguasai Tanah melayu tersebut Kebimbangan kuasa Perancis di Myanmar telah juga mendorong British menjalankan dasar imperialisme secara agresif ke atas Myanmar



Penyebaran Agama Kristian

Dari segi kebudayaan dan Peradaban, Kuasa-kuasa Barat menganggap kebudayaan dan peradaban orang Barat lebih tinggi berbanding bangsa-bangsa lain.Inilah yang disebut oleh orang British sebagai “white man’s burden”.Selain itu, campur tangan Barat juga bertujuan menyebarkan agama Kristian di kalangan penduduk pribumi di Asia Tenggara.

Sambungan >>>>>>



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...