Dasar Pintu Tertutup & Terbuka China & Jepun




Pengenalan

Pada umumnya, kebanyakan Negara-negara di Asia seperti Thailand. China. dan Jepun mengamalkun dasar tutup pintu terhadap kuasa-kuasa Barat. Negara-negara berkenaan mengamalkan dasar tersebut kerana mereka tidak memerlukan barangan dari luar khususnva barangan Barat. Ini kerana mereka mengamalkan ekonomi sara diri dan mempunyai sumber bekalan makanan yang mencukupi untuk rakyatnya.

Mereka bimbang  terhadap perkembangan agama Kristian akan mencemarkan kebudayaan tempatan. Di samping itu. negara China pula menganggap mereka sebagai Middle Kingdom sementara Negara-negara lain sebagai barbarians,. laitu tidak bertamadun.



Dasar Tutup Pintu China

China mengamalkan dasar tutup pintu semasa pemerintahan Manchu dalam kurun ke-19China juga mengenakan peraturan-peraturun ketat terhadap perdagagan Barat dengan dasar perdagangan luar dihadkan dan dikawal ketat .China mengamalkan dasar tutup pintu disebabkan beberapa faktor antaranya ialah beranggapan China sebagai Middle Kingdom, iaitu negara kayangan dan bertamadun tinggi sementara negara-negara lain sebagai tidak bertamadun. atau barbanrians. China juga tidak memerlukan barangan Barat kerana ia mengamalkan ekonomi sara diri yang tidak memerlukan barang-barang dari Barat.



Pelbagai Jenis Sekatan Dikenakan

Sehubungan dengan itu. banyak sekatan dikenakan ke atas perdagangan Barat seperti perdagangan hanya boleh dijalankan melalui Cohong. iatu sekumpulan wakil perdagangan yang diakui dan diberi hak oleh kerajaan China. pedagang Barat juga hanya dibenarkan berdagang di Canton. Di samping itu. saudagar barat tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita tempatan dan tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas untuk menjalankan kegiatan perdagangan di pedalaman China.

Misalnya Cohong yang menjadi wakil perdagangan China telah melakukan penipuan dan penindasan seperti mengambil kesempatan membeli barangan British dengan harga yang rendah dan menjualkannya dengan harga yang tinggi.

Utusan-utusan perdagangan pihak Barat khususnya British yang dihantar untuk merundingkan penyelesaian segala masalah yang timbul semuanya menemui kegagalan.


Sambungan >>>>>>



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...