Sistem Beraja Thailand & Burma ( 2 )






Gajah  Sebagai Harta Raja

Gajah merupakan harta raja bagi negeri Thailand, dan Burma. Rakyat tidak boleh memilikinya, menganggu dan menggunakannya, jika tidak hukuman berat akan dikenakanGajah digunakan sebagai tunggangan raja dan digunakan dalam peperangan. Sesiapa yg menangkap dan menyerahkan kepada raja akan diberi hadiah yg lumayan. Di Siam dan Burma ada jabatan khusus yg bertujuan untuk melatih dan menangkap gajah.  

Selain itu bagi raja-raja Burma dan Siam, gajah putih disifatkan sebagai simbol kedaulatan sejagat serta pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa ghaib yg terdapat pada gajah tersebut.



Dipengaruhi Hindu Buddha

Demi menjamin kebahagiaan hidup rakyat, raja-raja Thailand dan Burma perlu mempunyai moral yang tinggi dan rakyat pula memberi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja. Hak dan kedudukan raja tidak boleh dipersoalkan. Di Thailand, raja berkuasa penuh menentukan hidup mati seseorang rakyat. Dalam pada itu raja dianggap berdaulat dan mempunyai alat-alat kebesaran. Hanya raja sahaja yang boleh menentukan hukuman bunuh dalam system pentadbiran.
Penutup

Sistem pemerintahan Thailand dan Burma dipengaruhi kuat oleh agama Hindu Buddha. Bagaimanapun system ini lenyap apabila British menguasai Burma dalam tiga siri peperangan, manakala Thailand kekal sebagai sebuah negeri yang mengamalkan system beraja namun begitu berlaku pemodenan dalam system beraja itu sendiri yang dilakukan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn






( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...