Perkembangan Perusahaan Bijih Timah Di Tanah Melayu

Faktor-faktor mendorong kepada perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu

Pengenalan 

Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di Tanah Melayu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Seiring dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi, aktiviti perlombongan bijih timah telah berkembang dengan pesat dan ini didorong pelbagai faktor dalaman dan luaran. Hasilnya, pengeluaran bahan galian ini terus meningkat dari tahun ke tahun.
  
 


Kemasukan Orang China



 Kemasukan orang Cina merupakan antara faktor yang mendorong perkembangan perusahaan bijih timah. Lombong-lombong bijih timah telah dibuka dengan banyaknya di daerah Larut, Perak di bawah pembesar Long Jaafar sejak tahun 1848. Pada peringkat awal, kemasukan orang Cina yang digalakkan oleh Long Jaafar dari Negeri-negeri Selat adalah sebagai buruh dan pelabur dalam perusahaan bijih timah. 

Mereka ini telah menggunakan modal sendiri untuk membuka lombong seperti di Larut, Lembah Kinta, Lembah Klang, dan Sungai Ujong. Orang Cina datang ke tanah melayu melalui Sistem Tiket Kredit dari wilayah Fukien dan Kwangtung.



Teknik Lombong Dedah & Pam Kelikir

     Kehadiran buruh Cina ini juga membawa bersama kaedah-kaedah perlombongan yang lebih baik, iaitu secara lombong dedah dan lombong pam. Kaedah lombong dedah misalnya, telah meningkatan hasil pengeluaran bijih timah dan kaedah ini juga lebih selamat. Kaedah roda air bagi mengatasi masalah banjir dan penggunaan enjin wap juga merupakan antara teknologi baru yang diaplikasi oleh orang Cina untuk meningkatkan produktiviti perlombongan bijih timah.

 Buktinya, pengeluaran bijih timah telah meningkat dari 6,500 tan pada tahun 1850 kepada 19,600 tan pada tahun 1881 dan 50,000 tan pada 1904. Hal ini telah memperkembangkan perusahaan ini hingga Tanah Melayu menjadi pengeluar dan pengeksport bijih timah terbesar di dunia pada waktu itu.






Dasar Pemerintahan Inggeris 
         
 Di samping itu, perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga didorong oleh dasar pemerintahan Inggeris terutamanya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada awalnya, aktiviti perlombongan bijih timah agak terjejas akibat masalah anarki di negeri-negeri Melayu seperti perebutan takhta kerajaan, persengkataan pembesar-pembesar Melayu, pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, serta masalah perlanunan hingga merugikan para saudagar di Negeri-negeri Selat. 

Namun perubahan dasar Inggeris kepada campur tangan di negeri-negeri Melayu telah mengatasi masalah-masalah ini dan sekali gus memulihkan semula perlombongan bijih timah. 






( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...