Penentangan Terhadap Sistem Residen Di Perak

 

Reaksi orang Melayu di Perak terhadap Sistem Residen pada tahun 1874 hingga 1875

Pengenalan

Melalui Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874, Sultan Abdullah telah dilantik oleh British menjadi Sultan Perak.Baginda juga bersetuju bahawa seorang Residen British harus ditempatkan di Negeri Perak. Dalam hubungan ini sultan seharusnya mempunyai bidang kuasa dalam semua segi dan residen hanya berperanan sebagai penasihat dalam bidang politik sahaja.

Hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat diberikan sepenuh kuasa ke atas sultan. Residen pertama di Perak ialah J.W.W. Birch.



Perbezaan Sudut Pandangan Birch


Perlantikan Sultan Abdullah oleh British sebenarnya tidak disenangi oleh pembesar-pembesar Melayu. British telah campur tangan dalam sistem penggantian Sultan di Perak. Berdasarkan adat Melayu, seseorang Sultan mesti dipilih oleh pembesar-pembesar Melayu, tetapi Sultan Abdullah telah dilantik oleh British. lni bermakna, pelantikan Sultan Abdullah adalah tidak sah daripada kaca mata pembesar Melayu Perak.

British  telah campur tangan dalam urusan pungutan cukai & mewujudkan satu khazanah pusat yang akan dikelolakan oleh orang British sendiri. lni secara langsung telah menghalang  pembesar memungut cukai.

Mengikut adat Melayu, mereka berhak ke atas pungutan cukai di daerah mereka sendiri kerana cukai merupakan sumber pendapatan utama mereka.



Melarang Penyimpanan Hamba

Birch juga telah melarang penyimpanan hamba. Bagi masyarakat Melayu tradisonal, tenaga hamba merupakan sumber ekonomi kepada Sultan dan pembesar. Jumlah hamba seseorang Sultan dan pembesar mencerminkan kedudukan sosial dan martabat mereka. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa Birch telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Pangkor.

Sultan dan pembesar juga dilarang menghakimi kes-kes jenayah di kawasan mereka. Semua ini akan dijalankan oleh British di mahkamah-mahkamah tertentu. ini juga satu langkah yang telah melanggar syarat Perjanjian Pangkor kerana hak kehakiman adalah hak Sultan dan pembesar.



Pengenalan Cukai Baru
 
Banyak perkara baru telah diperkenalkan oleh British. Berbagai-bagai jenis cukai dikenakan. Contohnya. cukai ke atas perahu penumpang dan perahu dagang. Perahu yang boleh memuatkan tiga orang dikenakan cukai sebanyak 50 sen. Perahu penangkapan ikan sebanyak 50 sen dan perahu dagang sebanyak seringgit.

Orang yang melanggar peraturan ini akan dikenakan denda sebanyak 20 ringgit dan perahu mereka akan dirampas.Hal ini telah membebankan masyarakat Melayu.


Sambungan >>>>>>>




( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...