Pengekalan Kemerdekaan Di Johor Sebelum Dijajah British



Johor merupakan satu-satunya negeri Melayu yang terakhir dikuasai oleh British.

Pengenalan

Johor menjadi negeri Melayu yang terakhir menerima penasihat British iaitu Douglas Campbell pada tahun 1914. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kejayaan Johor mengekalkan kemerdekaannya





Kebijaksanaan Pemerintah Johor

Kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Johor dalam melaksanakan pentadbiran yang lebih cekap dan sistematik terutamanya Temenggung Ibrahim dan Sultan Abn Bakar. Pembaharuan yang dilaksanakan:

i) Tahun 1895 — diperkenalkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Undang-undang Tubuh ini menjamin pemerintah yang teratur dan kuasa sultan diperkukuh.

ii) Pentadbiran Johor mirip pentadbiran Barat yang dilaksanakan di Singapura. Negeri Johor dibahagi kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan pentadbiran.

iii) Menjadikan Johor Bharu (Tanjung Puteri) sebagai ibu negeri dan tempat semayam raja/sultan.



Sistem Birokrasi Yang Teratur

 i) Golongan birokrasi Johor terdiri daripada kaum elit Melayu yang taat setia dan taat. Pembesar-pembesar menggabungkan ciri-ciri moden dan cirri-ciri pemerintahan Melayu tradisional.

ii) Pentadbiran Johor dibahagi kepada beberapa jabatan seperti Jabatan Tanah dan Kerja Raya, Sistem Kehakiman, Pasukan Polis, Jabatan Pendidikan Sekular, dan Jabatan Khazanah.

iii) Sultan Abu Bakar dibantu oleh Jemaah Menteri dan Majlis Negeri. Di samping itu, baginda telah mengupah beberapa orang penasihat Eropah.





Keamanan Johor

Keadaan yang aman tidak memberi sebarang alasan untuk British campur tangan di Johor.

(e) Kurang potensi ekonomi
(i) Negeri Johor tidak mempunyai bijih timah yang amat diperlukan oleh British. Kekurangan kepentingan ekonomi mengurangkan minat British untuk menguasai Johor.


Sambungan >>>>>



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...