Pengekalan Kemerdekaan Di Johor Sebelum Dijajah British ( 2 )





Pembesar Johor Yang Bijaksana

Sistem pentadbiran Johor berbentuk ala Barat. Sultan Abu Bakar tidak memberi peluang kepada British untuk meluaskan kuasanya.

(b) Kewibawaan dan kebijaksanaan pegawai-pegawai kanan kerajaan Johor membantu mengekalkan kemerdekaan Johor seperti

(i) Dato’ Jaafar bin Haji Muhamad mengadakan beberapa pembaharuan:
- Mewajibkan pegawai British memakai pakaian rasmi kerajaan Johor.
- Mengarah bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor.
- Menetapkan surat-surat rasmi kerajaan ditulis dalam bahasa Melayu.



(ii) Dato’Abdul Rahman b. Andak
- Mengawal hal ehwal luar negeri Johor untuk menghalang British menjajah Johor Contoh: Menghalang pembinaan landasan kereta api merentasi Johor ke Singapura.
- Memastikan hubungan persahabatan terus terjalin dengan pegawai-pegawai British.

(iii) Dato’Muhamad Salleh b. Perang
- Bertanggungjawab membuat perancangan pembangunan negeri Johor. Beliau telah melukis peta negeri Johor dan ini memudahkan urusan pembangunan negeri Johor.

(iv) Dato’Muhamad Ibrahim b. Munsyi.
- Bertanggungjawab memajukan pendidikan moden di Johor.




Pemimpin Kanan Yang  Berpengalaman

Usaha gigih pemimpin-pemimpin kanan membantu mengekalkan kedaulatan Johor

(c) Perhuhungan baik dengan British.

i) Hubungan baik diwujudkan antara pegawai British di Ncgeri-negeri Selat dengan kerajaan British di London.

ii) Hubungan baik amat menguntungkan kerana:
- Temenggung Ibrahim mengukuhkan kedudukannnya.
- Gelaran Maharaja dan sultan yang diberi kepada Sultan Ahu Bakar yang diiktiraf oleh British.



(d) Tidak berlaku kekacauan di Johor.

i) Mengawal kemasukan penghijrahan orang China ke Johor melalui Sistem Kangco. Kerajaan Johor hanya membenarkan kongsi gelap Gee Hin sahaja masuk ke Johor. Dengan cara ini tidak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Cina dengan Johor.

ii) Tiada masalah perebutan takhta antara pembesar-pembesar Melayu dan perebutan takhta antara perwarisan takhta Sultan.



Kesimpulan

Kejayaan British meluaskan kuasanya ke Johor membuktikan kejayaan British rnelengkapkan proses imperialisme di Tanah Melayu.



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...