Penentangan Terhadap Sistem Risiden Di Perak ( 2 )




Tidak Menghormati Adat Istiadat Melayu


Birch telah membatalkan pajakan Sultan Abdullah kepada saudagar Lee Cheng Tee. Kemudiannya, Birch mengenakan cukai ke atas minuman keras dan candu kepada Lee Cheng Tee dan rakan-rakannya.Dalam keadaan yang tegang ini, Birch telah bertindak kasar terhadap Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar lain. Birch tidak peka terhadap kehendak dan perasaan masyarakat Melayu Perak. Beliau tidak menghormati adat Melayu dan ada kalanya telah bertindak biadap.

Sultan Abdullah dipaksa dan diugut supaya menandatangani surat pengisytiharan penyerahan kuasa kepada Residen pada tahun 1875. Sekiranya Sultan Abdullah enggan, baginda akan digantikan dengan Raja Yusof.


Pembunuhan Birch

Menteri Larut, iaitu Ngah Ibrahim juga berasa kecewa. Beliau tidak boleh bertindak bebas kerana berada di bawah kawalan Penolong Residen, iaitu Kapten Speedy.

Sistem Residen di Perak gagal dan ditentang dengan hebatnya oleh orang Melayu. Kedudukan, kewibawaan, dan kebesaran Sultan dan pembesar turut terjejas. Ini diburukkan lagi oleh sikap Birch yang kasar dan biadap. Kemuncak penentangan terhadap Sistem Residen ialah pembunuhan Birch di Pasir Salak.



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...