Peluasan Kuasa Asing Di Tanah Melayu ( 2 )




Perluasan Kuasa Perancis

Pada tahun 1904 British dan Perancis telah mengadakan pakatan utk bekerjasama. Pakatan ini berjaya menamatkan perluasan kuasa dan pengaruh Perancis di NNMU. Pakatan ini membawa kesan negatif kepada Siam kerana British enggan membantu Siam ketika Perancis menyerang dan merampas wilayah Siam.

 Ini bermakna British tdk mematuhi isi perjanjian Sulit British Siam yg ditandatangani pada 1897. Siam ingin membatalkan perjanjian 1897 tetapi sedar British tdk akan sewenang-wenangnya menghapuskan perjanjian tersebut. Siam mula menyedari bahawa NNMU tidak senang dengan penguasaan Siam di negeri mereka.



Rundingan Bangkok

Rundingan telah diadakan di Bangkok. Satu perjanjian telah ditandatangani yang dikenali sebagai perjanjian Bangkok 1909. Menurut perjanjian ini, Siam bersetuju menyerahkan NNMU kepada Inggeris. Sebagai timbal balik, Inggeris bersetuju menyerahkan hak wilayah asingan kepada Siam. Siam juga bersetuju tidak akan menyerahkan atau memajak sesebuah wilayah ke Selatan Ratburi kepada kerajaan asing yang lain selain daripada Inggeris.

Penutup

Perjanjian Bangkok telah memantapkan lagi penguasaan Inggeris ke atas NNMU. Dengan ini kesemua NNMU telah menerima seorang penasihat British yang bertugas menasihati sultan dalam semua perkara kecuali hal agama Islam dan adat istiadat. Perjanjian ini juga telah menetapkan sempadan di antara Siam dengan Tanah Melayu dan menjamin monopoli perdagangan dan kuasa politk British di Tanah Melayu.



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...