Dasar Pintu Tertutup & Terbuka China & Jepun ( 2 )

Desakan Pihak Barat

Desakan pihak Barat untuk memperoleh barangan China serta keinginan menjadikan China sebagai pasaran bagi barangan kilang semakin kuat.  Oleh itu, Barat mula memikirkan cara-cara menggunakan kekerasan untuk memasuki China dan membuka pintu perdagangan China.Cara kekerasan yang digunakan oleh Barat untuk membuka pintu China ialah melalui perisytiharaan Perang Candu 1. China tewas dalam peperangan tersebut dan  membawa kepada termeterainya Perjanjian Nanking 1842 di antara China dengan British.

Antara syarat Perjanjian Nanking ialah lima pelabuhan dibuka kepada pedagang Barat khususnya British, iaitu -Shanghai. Amoi. Canton. Foochow dan Ningpo. Hong Kong pula diserahkan kepada Inggeris. Monopoli perdagangan Cohong dihapuskan.



China Terpaksa Membayar Ganti Rugi

China dikehendaki membayar ganti rugi peperangan sebanyak S21 Juta, serta cukai 3% ad valoren untuk barangan import dan 5% untuk barangan eksport. Hubungan perdagangan dengan pihak Barat juga mesti dijalankan atas dasar sama taraf. China yang tewas dalam peperangan tersebut terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British. China  terpaksa menandatangani perjanjian dengan negara-negara Barat lain seperti Amerika Syarikat. dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis, Norway, Sweden dan Rusia.

Semua perjanjian tersebut amat merugikan China kerana kuasa asing telah mendapat banyak konsesi. Di samping itu. Perjanjian Nanking telah menamatkan dasar tutup pintu ataupun zaman pemencilan China yang telah berjalan berkurun-kurun lamanya.



Pemulihan Meiji

Sebaliknya, dasar tutup pintu Jepun telah berjalan secara umumnya sebelum pemulihan Meiji 1868.  Jepun menumpukan perhatian kepada aktiviti ekonomi dalam negeri  iaitu dalam bidang pertanian sebagai sumber kehidupan. Jepun menjalankan dasar tutup pintu berdasarkan faktor-faktor berikut. Antaranya ialah kebimbangan terhadap campur tangan politik akan berlaku seperti penaklukan yang berlaku di negara-negara Asia yang lain. Misalnya Filipina oleh Sepanvol Burma oleh Inggeris & Vietnam oleh Perancis.


Sambungan >>>>>>>



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...