Perjanjian Kanagawa & Perjanjian Nanking

Jelaskan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa (1854) dan Perjanjian Nanking (1842) di negara Jepun dan China

Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika, manakala Perjanjian Nanking ditandatangani antara China dengan British. Kedua-dua perjanjian merupakan perjanjian penting yang membawa banyak kesan politik, ekonomi, dan sosial terhadap China dan Jepun.



Kegiatan Perdagangan Yang Pesat

Kegiatan perdagangan giat dijalankan Amerika Syarikat pada awal abad ke 19, iaitu kegiatan perdagangannya dengan Negara China di Canton. Atas kepentingan inilah Amerika Syarikat merasakan betapa pentingnya mencari pelabuhan persinggahan. Dalam hubungan ini negara Jepun merupakan negara yang paling sesuai sebagai pangkalan arang batu dan juga pelabuhan persinggahan.

Disamping itu Amerika Syarikat juga menjalankan kegiatan menangkap ikan paus di Pasifik Utara dan kebiasaannya anak-anak kapal sering terkandas di pinggir laut Jepun. Memandangkan keadaan yang sedemikian, Amerika Syarikat merasakan perlu diadakan hubungan dengan menghantar rombongan ke Jepun bagi memenuhi kepentingan desakan ekonomi ini.



Perjanjian Kanagawa

Dari segi politik, Perjanjian Kanagawa menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu Jepun.Ini jelas jika dilihat beberapa siri perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat yang lain iaitu dengan Britain (1854), Russia (1855) dan Belanda pada tahun 1858. Amerika Syarikat berjaya membuka konsulnya di Jepun yang diketuai oleh Townshed Harris. Beberapa pelabuhan perjanjian dibuka malah Amerika Syarikat juga diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda

Jika dilihat dari sudut politik yang lain pula, perjanjian Kanagawa memberi pengaruh yang besar kepada kejatuhan pengaruh Shogun. Pengaruh Shogun semakin lemah dan orang ramai dan golongan pembesar mendesak supaya Shogun digulingkan.

Pihak Barat pula mengambil peluang ini untuk mengagung-agungkan maharaja dalam gerakan yang dikenali sebagai “sonno-jai”. Mereka mendesak supaya kuasa maharaja yang selama ini hilang dikembalikan semula. Shogun akhirnya terpaksa tunduk dan secara rasminya menyerah kuasanya kepada Maharaja Meiji.


Sambungan >>>>





( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...