Dasar Pintu Tertutup & Terbuka China & Jepun ( 3 )



Penyebaran Agama Kristian

Jepun juga bimbang agama Kristian yang dibawa masuk oleh mubaligh-mubaligh Barat akan digunakan untuk menyatukan kaum feudal bagi rnenjatuhkan kerajaan. Wujud persaingan di kalangan negara asing atau negara Barat yang menimbulkan masalah kepada Jepun. Oleh itu Jepun telah rnenghalau para mubaligh dan para pedagang asing keluar dari Jepun kerana tidak mahu timbul sebarang masalah dalam negeri.

Malahan orang Jepun sendiri tidak dibenarkan keluar negeri ataupun membina kapal laut yang besar-besar kerana, Jepun tiada kepentingan perdagangan luar. Walau bagaimanapun. dasar tutup pintu Jepun ini tidak berkekalan kerana terdapat beberapa percubaan yang dibuat oleh pihak Barat seperti Amerika Syarikat untuk mengadakan hubungan dengan Jepun.



Ketenteraan Amerika Lebih Kuat

Dasar buka pintu ,Jepun pula dapat dilihat melalui perubahan dasar dalam kurun ke-19 dengan percubaan Amerika Syarikat mengadakan perhubungan dengan Jepun melalui Komodor Perry pada tahun 1853. Amerika berminat mengadakan hubungan dengan Jepun di atas factor-faktor tertentu. Antaranya ialah kegiatan kapal-kapal nelayan yang rnenangkap ikan paus dan anjing laut. Kapal-kapal nelayan mereka seringkali memasuki perairan Jepun dan anak-anak kapal berkenaan sering berlindung di pantai Jepun .

Sehuhungan dengan itu. Keshogunan Tokugawa terpaksa mengadakan hubungan dengan Arnerika Syarikat kerana ia lebih kuat dari segi ketenteraan. Komondor Perry  diutuskan ke Jepun untuk merundingkan hal ini pada tahun I853 & disusuli kemudian pada tahun 1854 dengan angkatan perang yang Iebih besar dan pihak

Penutup

Sebagai kesimpulannya, terdapat kepentingan-kepentingan tertentu yang menyebabkan kedua-dua kuasa menjalankan dasar tutup pintu dan juga dasar buka pintu. Namun demikian, China yang dibuka secara paksa melalui peperangan telah banyak merugikan negara berkenaan sama ada dari segi politik mahupun ekonomi dalama jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Sehaliknya, Jepun yang menjalani proses buka pintu secara rundingan telah berjaya menjadikan negara itu sebuah negara yang maju dan kuat pada zaman pemrintahan Meiji dan seterusnya



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...