Perjanjian Kanagawa & Perjanjian Nanking ( 3 )




Perjanjian Nanking

Perjanjian Nanking telah mendedahkan kelemahan Dinasti Manchu. Terdapat kepercayaan umum bahawa Dinasti Manchu telah kehilangan mandat daripada syurga untuk memerintah. Terdapat percubaan menggulingkan Dinasti Manchu yang semakin lemah itu.Status Middle Kingdom china telah musnah menyebabkan unsur - unsur barat seperti agama & barangan  mempengaruhi ekonomi , sosial & politik.



Tekanan Ekonomi & Sosial China

Dari segi ekonomi, China terpaksa membuka lima buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo, dan Shanghai kepada kuasa Barat demi perdagangan. China terpaksa menerima perdagangan bebas. China juga terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada Britain. Sistem monopoli perdagangan Co-hong telah dihapuskan. Kerajaan China dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 21 juta tael kepada Britain.
 
Dari segi sosial, China didedahkan kepada unsur-unsur Barat seperti barangan asing, agama Kristian, dan fahaman Barat. Agama Kristian telah disebarkan dengan meluasnya di Negara China.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kedua-dua Perjanjian Kanagawa dan Nanking berbeza. Jepun menandatangani Penjanjian Kanagawa secara sukarela, manakala China menandatangani Perjanjian Nanking selepas dipaksa. Selepas perjanjian, Jepun menjadi moden dan kuat, manakala China semakin lemah dan semakin dicerobohi oleh Barat sehingga menjadi “Semi Colony”.



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...