Pembetukan Tamadun

HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA. 

A. PENGENALAN

1. Sebelum kemunculan tamadun, manusia hidup berpindah-randah atau nomad dari satu kawasan ke satu kawasan lain. Mereka memburu binatang dan memungut hasil hutan yang tumbuh meliar. Cara kehidupan tersebut berubah apabila manusia mengetahui cara-cara bercucuk tanam dan menternak binatang. Melalui pengetahuan itu, perubahan yang besar telah berlaku dalam kehidupan manusia. 
2. Konsep Tamadun. 

3. Lokasi tamadun awal : Tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus, dan Hwang-Hwo.
4. Permulaan tamadun awal manusia.
5. Penegasan soalan – terdapat pelbagai faktor kemunculan tamadun

Faktor-faktor Kemunculan Tamadun



1. Pembentukkan Petempatan Kekal
Kemunculan tamadun awal sejak 3,500 SM telah disebabkan oleh wujudnya petempatan kekal. Wujud masyarakat bercorak perkampungan membolehkan manusia berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. 

Manusia tidak lagi berpindah- randah kerana mereka dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Petempatan kekal ini kemudiannya mewujudkan urbanisasi. Contohnya, petempatan di sepanjang Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Hwang-Ho, dan Indus-Ganges.


2. Eksploitasi Sumber Alam/ Kepentingan Sungai
Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran.

Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun awal terletak di tebing-tebing sungai besar seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus, dan Hwang-Ho.


3. Kemajuan Dalam Teknologi Penciptaan Peralatan
Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kemajuan teknologi. Hal ini terbukti dengan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa, dan besi. Penggunaan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda dan kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. 

Selain itu, manusia telah berjaya mencipta pelbagai peralatan daripada tembikar.


4. Penciptaan Roda
Penciptaan roda telah mengubah corak pengangkutan dan mempercepat perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial.  Penggunaan roda sebagai alat industri menyebabkan barangan yang dikeluarkan mempunyai bentuk yang seragam dan dapat dijadikan barang-barang eksport. 

Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain seperti perdagangan antara Mesir dengan Mesopotamia dan antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro.

Sambungan >>>>>>>




( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...