Pembetukan Tamadun 2



5. Pembentukkan Organisasi Sosial
Organisasi sosial atau susun lapis dalam masyarakat telah membawa kepada kemunculan tamadun. Masyarakat memerlukan pemimpin untuk menyelaras dan memberikan arahan. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendeta untuk menjalankan kegiatan agama. Pemimpin, pahlawan, dan pendeta muncul sebagai seorang yang berkuasa. 

Pahlawan dengan senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya tentang tuhan. Majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di sesuatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.


6. Pengkhususan Kerja
Kehidupan yang bertambah kompleks menyebabkan masyarakat memerlukan kepada pengkhususan untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Peningkatan produktiviti telah menjamin keperluan bekalan di sesuatu kawasan. 

Keadaan ini membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Hal ini membawa kepada bermulanya pengkhususan kerja dalam masyarakat. 


7. Agama dan Kepercayaan
Agama dan kepercayaan telah membawa kepada kemunculan tamadun. Agama membantu manusia akur dengan hukum-hukum Tuhan. Kehidupan lebih memberikan penekanan kepada nilai-nilai agama dan kepercayaan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk pertanian.

Contohnya, orang-orang Mesir percaya bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil.


8. Perbandaran
Zaman prasejarah akhir atau zaman Neolitik menyaksikan kemunculan Petempatan - petempatan kekal yang berkembang pesat menjadi bandar. Petempatan kekal ini mengalami proses urbanisasi dan perkembangan bandar. Contohnya, bandar muncul di Mesopotamia pada pertengahan abad ke-4 SM apabila berlaku peningkatan hasil pertanian ekoran kemajuan pengairan. 

Antara bandar penting ialah Lagash, Babylon, Assur, Uruk, dan Hattusa.
.
Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...