Ekonomi Islam & Kapitalis

Bandingkan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan di Barat.
Pengenalan :
  • Perkataan ekonomi daripada bahasa Greek bermaksud pengurusan rumah tangga.
  • Menurut Routedge Dictionary of Economy ialah kaedah umum manusia/individu bekerjasama untuk memenuhi kehendak material manusia.
  • Ekonomi ialah ilmu yang mengkaji pertukaran dan penggunaan bahan/ barang pelbagai dan terhad.
 Isi : 

 Konsep :
  • Islam menekankan usaha mencari rezeki yang halal, tanpa menindas dan kerana Allah.
  • Barat meletakkan keuntungan material semata-mata 
Pemilikan Harta :
  • Islam menganggap harta kekayaan adalah milik Allah dan diberikan milik sementara kepada manusia.
  • Barat menganggap harta adalah milik individu.


Matlamat :
  • Usaha mencari rezeki dalam Islam adalah untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.
  • Barat-untuk memaksimakan untung, majikan menindas pekerja, bayar gaji yang rendah dan nafikan hak mereka.
  • Barat- untuk kepuasan individu semata-mata.
Agihan Kekayaan :
  • Islam mensyaratkan kekayaan yang diperoleh bukan untuk individu semata-mata, malah dikenakan zakat bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.
  • Ekonomi barat meletakkan kekayaan yang diperoleh adalah hak individu.


Ekonomi yang memudaratkan awam :
  • Islam mensyaratkan aktiviti ekonomi yang dijalankan bagi kesejahteraan awam. Akitiviti yang memudaratkan seperti judi, arak, pelacuran, riba dan sebagainya diharamkan.
  • Barat mengiktirafkan kegiatan ini.
Kebebasan mencari rezeki :
  • Masyarakat Islam bebas mencari rezeki namun kerajaan berhak campur tangan bagi menjaga kepentingan umum
  • Kapitalis menuntut agar tidak campur tangan daripada kerajaan ‘laissez faire’
  Kesimpulan :
  • Sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi kapitalis adalah berbeza kerana ekonomi Islam berdasarkan sunnah dan wahyu sedangkan kapitalis adalah ciptaan manusia.




( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...