Ekonomi Di China

Huraikan pembangunan ekonomi dalam Tamadun China sebelum abad ke-18.

Pendahuluan


1. Lembah Sungai Hwang –Ho kaya dengan tanah loes yang subur sesuai untuk pertanian.Tanaman utama ialah gandum,sekoi, barli dan lain-lain.
2. Pertanian merupakan pekerjaan utama penduduk China dan diberi status sosial yang tinggi oleh masyarakat.
3. Emperor (Maharaja) Shen Nung (1,750s.m) telah memperkenalkan pertanian di China. Peralatan yang digunakan seperti bajak dan cangkul.
4. Ekonomi bebas dijalankan tetapi ada campurtangan kerajaan.
Pembangunan Ekonomi China.

Markah 5 isi x 4 M = 20 M


1. Perkembangan pertanian/Revolusi Pertanian
Pertanian merupakan pekerjaan utama penduduk negeri China .Petani diberi status sosial yang tinggi oleh masyarakat.Tanaman yang diusahakan ialah barli, sekoi,gandum padi.Lembah sungai Hwang Ho kaya dengan tanah loess yang subur sesuai untuk aktiviti pertanian.Semasa pemerintahan Dinasti Song berlaku pembukaan tanah dan kawasan bukit diteres untuk pertanian.Revolusi pertanian pada zaman Dinasti Tang telah meningkatkan hasil pertanian. 

Ia disebabkan oleh kaedah pertanian yang lebih baik, pembukaan tanah-tanah baru, tanaman dua pusingan, pengkhususan dalam jenis pertanian, penggunaan kaedah pertanian baru, kemajuan pengangkutan, kewujudan pasaran dan pembinaan terusan. 



2. Pengenalan teknik & peralatan baru dalam pertanian.
Sejak zaman Dinasti Han (207 SM – 221 M) tenggala menabur benih telah digunakan untuk membuat alur, parit atau lekuk dalam satu masa.Di China Selatan telah diperkenalkan kaedah menabur benih padi di tapak semaian dan kemudiannya dipindahkan ke sawah berjaya meningkatkan hasil pengeluaran padi. 

Kolar kuda telah dicipta bagi membolehkan kuda menarik tenggala kayu untuk membajak tanah, kereta kuda dan kereta sorong beroda telah digunakan.Sistem tanaman bergilir yang dilaksanakan telah dapat menjaga kesuburan tanah.


3. Kemajuan sistem pengairan.
Terusan telah dibina bagi memperoleh sumber air yang terkawal seperti Empangan dan terusan pertama dibina iaitu Peony Dam dibina di Shouxin dibina pada abad ke-6 masihi.Kawalan terhadap banjir pula membolehkan hasil pertanian dioptimumkan. Kejuruteraan hidrolik membantu pengairan, kawalan banjir dan pengangkutan.

Sambungan >>>>>>




( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...