Ekonomi Di China ( 2 )



4. Kemajuan sistem pengangkutan.
Pada zaman Dinasti Han wujud jalan raya sepanjang 40 000 km yang meliputi sebahagian besar negara..Hasil-hasil perdagangan dan perusahaan lain didagangkan ke kawasan di luar seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Eropah melalui Jalan Sutera Darat dan Jalan Sutera Laut. 

Selain itu perkembangan ekonomi yang pesat turut dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan seperti jambatan dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu. Tahun 1300 M (Dinasti Yuan) terusan digunakan untuk mengangkut gandum dari Lembah Sungai Yang Tze ke ibukota Changan dan Beijing.


5. Kemunculan persatuan pedagang.
Kewujudan golongan pedagang membawa kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar.Pada zaman Dinasti Sung wujud kesatuan tukang manakala manakala pada zaman dinasti Ming pula wujud kesatuan dagang yang berperanan dalam pengawalan kedai emas, bank dan kertas kredit.

Ini telah menyebabkan perkembangan industri perhidmatan seperti kraftangan bagi memenuhi kehendak golongan bangsawan dan rakyat biasa.Keadaan ini telah melahirkan golongan kelas pertengahan bandar seperti pekedai, tukang, jurutulis dan lain-lain.Golongan paling ramai ialah buruh atau pekerja biasa


6. Sistem pengurusan ekonomi
Bil pertukaran dan surat perjanjian hutang digunakan ketika zaman Dinasti Tang. Cukai tanah (liangshuiifa) telah diperkenalkan.Sutera China telah dieksport hingga ke Eropah.Cukai ke atas hasil jualan menjadi sumber pendapatan utama kerajaan pada zaman tersebut.Barangan mewah, ubat-ubatan, candu, minyak wangi dan hamba telah diimport.

Koloni perdagangan (Shangtun) iaitu koloni pertanian yang dimajukan untuk menyediakan makanan kepada tentera di perbatasan telah laksanakan pada zaman pemerintahan Dinasti Ming.



Kesimpulan (2 M)
Tanah loess yang subur yang terdapat di lembah Hwang Ho telah menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi berasaskan pertanian dalam tamadun China.Peranan pemerintah dalam zaman tertentu turut membantu perkembangan ekonomi dalam tamadun China.
Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...