Tempat - Tempat Bersejarah yang Modern di Malaysia .... ( 3 )






6.Jambatan Pulau Pinang

 
Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara & merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.

Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Fakta:Jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Jambatan ini mempunyai 2 buah persimpangan bertingkat  & sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.




 

7.Bangunan Sultan Abdul Samad

Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Pembinaannya sempena nama  iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi menara berkubah tembaga & mempunyai menara jam .

Menakjubkan:Sebuah kilang diwujudkan khusus bagi membekalkan 4 juta bata merah & juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga & besi untuk membina bangunan ini.




( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...