Tempat - Tempat Bersejarah yang Modern di Malaysia ....( 2 )




3.Menara Kuala Lumpur


Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara

Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.





4.KLIA

 
Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.

Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang .

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.






 

5.Menara Condong Teluk Intan
 
Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.

Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.

Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air.

Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.



Sambungan >>>>>



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...