Peristiwa Besar yang Berlaku Dalam Sejarah Islam ( 3 )




Kekuatan Pertahanan Israel Hancur

7)    Pada 10 Ramadhan 1393 Hijrah atau 6 Oktober 1973, kekuatan pertahanan Israel di Barley, Mesir dapat dihancurkan oleh tentera Islam.  Ini menjadi titik tolak perjuangan yang amat besar dalam penembungan dan penyekatan pengaruh Yahudi dalam kancah memecahbelahkan kesatuan Negara-negara Islam di Arab dan Afrika Utara.


Turunnya Surah al -Iqra

8)    Tanggal 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah, peristiwa bersejarah yang paling diingatkan oleh umat Islam ialah turunyan ayat al-Quran yang pertama, iaitu surah al-Iqra`. Surah ini menjadi tonggak utama hakikat kehidupan manusia, iaitu sentiasa mencari ilmu pengetahuan menerusi kebenaran, mengajarkan manusia dari kedudukan yang tidak mengetahui kepada lebih mengetahui.


Malam Al-Qadr

9)    Meskipun terdapat banyak perbezaan pendapat mengenai tarikh sebenar malam al-Qadr, iaitu malam yang dijanjikan Allah SWT kenikmatan melebihi seribu bulan, seluruh umat Islam percaya ia akan berlaku pada malam-malam selepas 20 hari Ramadhan bermula.

Pada malam tersebut, ada ulama berpendapat ia akan menjelma pada malam yang ganjil. Ada sesetengah ulama mengatakan ia akan diselang-selikan setiap tahun antara malam genap dan malam ganjil.

( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...