Peranan Sungai Dalam Tamadun




Pendahuluan

Tamadun-tamadun awal yang muncul di dunia adalah terletak di lembah-lembah sungai seperti Tamadun Semeria, T.Mesir, T. Hwang Ho, T.Indus. Latar belakang tamadun awal seperti T.Sumeria wujud di lembah Sg.tigris dan Euprites, T.mesir di lembah Sg.Nil. Sungai merupakan persekitaran asas dalam perubahan kehidupan manusia yang menjadi faktor penting dalam pembentukan tamadun.

Sungai sebagai sumber bekalan air 

Manusia membina petempatan di Lembah sungai kerana mereka memerlukan bekalan air untuk kegunaan sendiri, binatang ternakan dan tanaman. Contoh Sg.Tigris, Sg.Nil, Sg.Hwang Ho. Sungai juga membekalkan sumber protein kepada mereka.


Kawasan Yang Subur

Sungai mewujudkan kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian dan penternakan seperti Lembah Sungai Hwang-Ho membekalkan tanah loes yang subur. Hasil pertanian merupakan sumber makanan yang utama justeru kawasan-kawasan lembah sungai menjadi tumpuan manusia.



Petempatan

Lembah sungai merupakan lokasi yang paling sesuai untuk untuk dibina petempatan. Ini disebabkan bentuk mula bumi dasar lembah sungai tanahnya rendah, luas, rata dan beralun.Tanah yang rata amat sesuai untuk mendirikan rumah berbanding tanah yang berada di kawasan bukit.

Contohnya , petempatan dalam Tamadun Rom didirikan di kawasan tanah rata di kawasan sungai kerana ia membolehkan saliran air & bekalan air disalurkan kepada penduduk .



Sumber Alam

Kawasan lembah sungai sebagai sumber alam semula jadi yang membekalkan tanah lanar yang subur untuk tanaman. Tanah liat berpasir untuk pembinaan rumah seperti masyarakat Indus yang membina rumah di Bandar Mohenjo-daro dan Harappa dan untuk membina tembok di Jericho dan Catal Huyuk. Lembah sungai juga membekalkan sumber kayu untuk binaan rumah di alam Melayu.

Sambungan >>>>>




( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...