Penggunaa Teknologi dalam Tamadun ( 2 )



4. Teknologi dalam petempatan
    • Petempatan-petempatan berkembang dengan pesat disebabkan kemahiran dalam pembinaan dan kemudahan asas. Contoh, dalam Tamadun Mesir iaitu pada zaman pradinasti awal (abad 4 S.M), kampung-kampung yang mengandungi rumah ketua kampung yang lebih besar dan mempunyai pelan berbentuk segi empat tepat.
    • Terdapat pondok-pondok yang berbentuk bulatan dan rumah ibadat bagi Tuhan tempatan turut dibina.
    • Rumah-rumah dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiznya berbeza serta mempunyai beberapa buah bilik dan serambi yang berbentuk empat segi.
    • Ciri yang menarik ialah setiap rumah mempunyai bilik mandi dan perigi.
    • Rumah-rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama.
    • Terdapat ruang yang lapang antara rumah supaya menjamin peredaran udara yang baik.

5. Teknologi dalam aktiviti keagamaan
    • Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan.
    • Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.
    • Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil.
    • Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan.
    • Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini.
    • Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin).


6. Teknologi dalam aktiviti pengangkutan dan pelayaran
    • Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
    • Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan.
    • Dalam Tamadun China, Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.



      Sambungan >>>>>
Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...