Ciri-ciri Masyarakat Industri di England


Pengenalan 

Pada umumnya, revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. 

Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada tahun 1760 hingga tahun 1860. Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun 1860-an hingga tahun 1914.

Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian ke atas aset-aset kilang yang dianggap sebagai modal. 


Ciri - Ciri 


Kemajuan Dalam Sistem Pertanian :

Petani  memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan yang sama.

Sistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk mengasingkan kawasan tanah yang dimiliki di antara individu. 



Kemajuan Dalam Sistem Pengangkutan :

Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap pada 1802 .

Kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, jalan keretapi dan terusan/sungai.



Penghijrahan Dan Pertambahan Penduduk  :

Penghijrahan penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di England

Kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar.



Perubahan Gaya Hidup :

Kehidupan bebas masyarakat di bandar membawa kepada pelbagai masalah sosial yang kritikal seperti keruntuhan moral

Cara hidup yang penuh mencabar dan berlandaskan material dengan lebih berdikari, berilmu pengetahuan dan mengejar kekayaan.



Masalah Pencemaran Dan Kesihatan :

Pencemaran air menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit dan bertambahnya kematian di kawasan bandar

Akta kesihatan awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk mengurang dan memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat


Like Jika Suka 

Share dengan Rakan Anda 
Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...