Zaman Neolitik




Pengenalan

Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar.

Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya.

Ciri-ciri :



Tempat Tinggal


Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor.

Setelah dikaji, didapati rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan.



Cara Hidup

Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar.

Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak.



Kegiatan Harian

Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan.

Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.

Sambungan >>>>>>



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...