Kepada yang rajin tengok berita pasti tahu tentang kewujudan duit syiling baru Malaysia siri ketiga. Bermula pada tahun hadapan, 2012 Malaysia akan mula mengeluarkan duit syiling baru Malaysia siri ketiga bagi menggantikan duit syiling yang sebelum ini. Kenapa perlu tukar? Kerana bertujuan untuk menggantikan duit syiling yang telah digunakan hampir 20 tahun sekarang ini. Wang syiling baru ini lebih kecil, ringan dan mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri selamat dan didatangkan dalam 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Berikut adalah beberapa fakta menarik dan informasi tentang duit syiling yang baru ini.
Siri duit syiling yang bertemakan Keunikan Malaysia ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit-duit syling berkenaan.
50 sen – Sulur Kacang
Motif
sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering
digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka.
Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran
pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu
tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada
dinding rumah.
20 sen – Bunga Melur
Bunga
melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di
Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting
dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara
keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian
dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak.
10 sen – Motif Orang Asli
Orang
Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun
dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala,
selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional.
Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan
daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka.
5 sen – Destar Siga
Kain
destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun
di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis
tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang
hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri
serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Sempena pengeluaran wang syiling baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan syiling peringatan yang dijual bermula pada 26 Julai 2011 di tempat-tempat yang terpilih. Untuk keterangan lanjut tentang wang syiling baru ini sila rujuk sumber kami. Berikut adalah video pelancaran duit syiling Malaysia siri ketiga.
( Sumber Infromasi Sejarah Anda )