Sejarah April Fool Di Malaysia ... ( 2 )



Serangan Tentera Salib Yang Kejam

Akhirnya Sepanyol jatuh & dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat , wanita-wanita, anak-anak kecil & orang-orang tua. Semua daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan . Tentera salib mengetahui bahawa  ramai umat Islam di Granada yang bersembunyi dalam rumah masing-masing.

Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman & dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol.

Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka  segera bersiap untuk meninggalkan Granada & berlayar meninggalkan Sepanyol.



Mayat Bergelimpangan Merata-Rata Tempat

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Tentera salib telah membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.
 
Sambungan >>>>>




( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...