Rahsia Kemenangan Umat Islam.....( 2)


Tentera Islam Menjadi Pahlawan Yang Gagah

Inilah rahsia kekuatan tentera-tentera Islam, termasuk tentera pimpinan Khalid ibnu Walid yang menggerakkan hanya 40,000 tentera-nya yang bertaqwa dan menumpaskan 240,000 tentera Rom yang tidak bermoral.

Apabila tentera Islam telah berjaya mengalahkan Rom yang berlipat ganda besarnya sehingga menumbangkan Kerajaan Rom Timur yang berpusat di Syria, Maharaja Rom menghantar perisik untuk mengintip rahsia kekuatan umat Islam.

Apabila perisik-perisik itu kembali, mereka menerangkan sifat-sifat tentera Islam, "Di malam hari mereka adalah ahli-ahli ibadah yang tekun beribadah kepada Tuhan, dan di siang hari mereka menjadi pahlawan-pahlawan yang gagah berani menegakkan kebenaran yang mereka yakini.

Keadilan adalah syiar mereka, jikalau anak raja mereka mencuri nescaya dipotong tangannya".

Setelah Maharaja Rom mendengar laporan itu, dengan penuh terharu beliau berkata, "Selamat sejahteralah wahai bumi Syria! Selamat sejahteralah negeri yang tiada harapan untuk kami berkuasa lagi".



Tentera Islam Berjaya Menghancurkan Empayar Rom & Parsi

Sesungguhnya generasi yang membina kekuatan iman yang membawa kemenangan Islam adalah mereka yang berpegang teguh dengan hukum Allah dan hanya menerima didikan dan pimpinan Rasulullah S.A.W.

Mereka tidak mahu menerima sebarang hukum dan undang-undang yang lain dari apa yang disampaikan oleh Allah dan RasulNya. Mereka hanya menghayati fahaman dan sistem hidup Islam di dalam seluruh bentuk kehidupan mereka.

Di atas kekuatan dasar inilah umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setelah mereka berjaya menghancur leburkan Empayar Rom dan Parsi. Kemaraan umat Islam bagi menyebarkan risalah Ilahi adalah dengan membawa iman yang kental, pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Inilah punca yang menyebabkan umat Islam tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana kuasa dunia di sepanjang zaman kegemilangan-nya.




( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...