Piagam Bertulis Pertama Di Dunia - Piagam Madinah


Piagam Madinah ialah piagam bertulis yang pertama di Dunia

Pengenalan 

Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat 2 golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab & Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus & Khzaraj digelar sebagai Ansar  & orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah  digelar Muhajirin. Orang-orang Yahudi di Madinah terbahagi kepada  bani Qainuqa, Quraizah & Nadir.

Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus & Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan & sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.

Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh  Penduduk di Madinah & menulis 1 piagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.
Piagam Madinah & Undang-undang Lain
  • Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah.  Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quraan, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. 
  • Berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak-kanak raja. 
  • Tidak sama seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap peraturan pemerintahan  zaman Chandra Gupta Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu.
Aspek utama piagam Madinah ialah
  • Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara madinah yang wajib dipatuhi.
  • Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah
  • Semua penduduk hendaklah bersatu-padu, & bertanggungjawab mempertahankan negara
  • Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .
  • Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing .
  • Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.






( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...