Peristiwa 13 Mei 1969 ...( 2 )





Membawa Senjata Pedang & Parang
 
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak.


Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor . Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang & parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.


Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. 


Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.


Penunggang Motosikal Dipancung
 
4.00 petang 2 penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh.


Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM & kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Orang Cina & pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak & lembing berparang .
 

Hal ini telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu & Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. 

Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
 

Pasukan Renjer

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru & askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan  terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina ,India, Sikh, Gurkha & lain-lain turut menembak orang-orang Melayu & menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.


Sambungan >>>>>>



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...