Filem Pembunuhan Osama Bin Laden - Penghinaan Amerika


Pengganas No.1 Dunia

Setelah Kathryn Bigelow  mengarah & menerbitkan filem Zero Dark Thirty, sebuah filem tentang misi pasukan khas Amerika Syarikat untuk membunuh Osama bin Laden akan dihasilkan.

Sebuah novel berjudul No Easy Day hasil karya bekas anggota pasukan khas yang ditugaskan untuk membunuh Osama bin Laden telah diterbitkan tanpa kebenaran dan persetujuan daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah pun diterbitkan dan khabarnya novel tersebut sangat laris di pasaran.

Pengarang novel tersebut ( Mark Owen ) bercadang untuk menjual manuskrip novel kepada produksi perfileman Hollywood & juga pihak Dreamworks berminat untuk mengadaptasi novel tersebut.

Steven Spielberg kini dalam perbincangan untuk mengarahkan filem tersebut yang dikatakan menceritakan kisah sebenar bagaimana operasi membunuh Osama bin Laden itu dilakukan.



Mayatnya Ditanam Di Dasar Laut

Pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyifatkan bahawa novel yang ditulis oleh Mark Owen itu amat sensitif dan penulis tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana telah mendedahkan maklumat sulit pertahanan Amerika Syarikat.

 Lelaki yang dilabelkan sebagai pengganas no. 1 oleh Amerika Syarikat, Osama bin Laden ditakdirkan menemui ajalnya kepada pasukan khas Amerika Syarikat bagaimanapun kematiannya menimbulkan kontroversi berikutan tiada langsung imej mayatnya dipaparkan melalui media

Begitu juga apabila mayatnya 'disemadikan' di dasar laut, & dikatakan telah disempurnakan secara Islam.


Filem Kill Bin Laden

Kematian Osama bin Laden  menimbulkan ilham kepada Kathryn Bigelow untuk mengarahkan sebuah filem tentang pembunuhan ketua Al-Qaeda ini.

Kathryn Bigelow merupakan isteri kepada pengarah filem terkenal James Cameron & pernah bersaing dengan Cameron untuk anugerah Pengarah Terbaik pada Academy Awards ke-82. Kathryn Bigelow mengarahkan filem The Hurt Locker manakala James Cameron mengarahkan filem Avatar.

Setakat ini filem yang sedang dalam perancangan tersebut cuma diberikan judul Kill Bin Laden.



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...