Adat pepatih & Adat temenggung ( 2 )



(d) Pentadbiran
— Adat Perpatih bersifat demokrasi
• kuasa dibahagi antara Undang, Lembaga, Buapak, dan masyarakat
• pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat
• masyarakat akan memilih Buapak, tiga Buapak pula dipilih oleh Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar

— Dalam Adat Ternenggung pula pentadbiran diberikan keistimewaan
• sultan melantik pembesar
• ketua peringkat paling bawah ialah Ketua Kampung
• sultan berperanan sebagai lambang pepaduan antara rakyat dan ketua negara
• anak lelaki sultan merupakan pewaris takhta




(e) Perundangan
— Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat menyedarkan manusia. bertimbang rasa dan berunsur pemulihan :
• kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi
• Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh
• Buapak dan Lembaga boleh menjatuhkan hukuman lain

— Dalam Adat Temenggung undang-undang jenayahnya lebih tegas
• hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh
• raja akan menjatuhkan hukuman

(f) Pembahagian harta
— Dalam Adat Perpatih, harta milik keluarga
• harta tidak dapat dipindah milik atau dijual kepada keluarga lainnya tanpa persetujuan ahli keuarga

— Dalam Adat Temenggung harta milik individu
• pindah milik harta dan penjualan ditentunkan pemilik harta berkenaan



Kesimpulan

Adat Perpatih dan Adat Ternenggung jelas mempunyai perbezaannya Walau bagaimanapun, kedua-dua hukum adat ini mempunyai maksud yang sama untuk melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi kepada peraturan berdisiplin. rnenghormati sesama manusia, mematuhi adat istiadat.

 Kedua-duanya merupakan antara jenis hukum adat yang diamalkan di Tanah Melayu pada waktu dahulu (sekitar ahad 17M) dan masih berlangsung hingga hari ini khususnya di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka.



( Sumber Infromasi Sejarah Anda )


Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...