Sistem Residen





Sistem residen bermula setelah berlaku kekacauan di perak akibat perbutan takhta, pertelingkahan antara kumpulan kongsi gelap & perebutan kawasan memungut cukai.Pihak british mengambil kesempatan ini untuk campur tangan di perak.Melalui perjanjian pangkor, sultan terpaksa menerima seorang residen yang berkuasa menasihati sultan dalam segala hah negeri perak kecuali hal agama islam & adat istiadat melayu.

Tugas Residen


* menasihati sultan dalam semua urusan negeri kecuali agama islam & adat istiadat melayu
* Mengekalkan Keamanan & menegakkan Undang - undang british
* Membentuk sistem pungutan cukai yang berkesan
* Merancang & membangunkan kawasan - kawasan bandar
* Membaiki perhubungan dalam negeri





Masalah yang dihadapi oleh sistem residen


* Tidak terdapat pemerintahan pusat di negeri -negeri melayu
* Sukar mempengaruhi pembesar & rakyat agar menerima sistem pentadbiran barat
* Masalah kewangan dalam negeri yang ditadbir
* Masalah dalam mengawal ketenteraman akibat pemberontakan pembesar & penduduk



Perkembangan sistem residen telah menyebabkan satu perubahan yang drastik berlaku ke atas tanah melayu. Perubahan yang berlaku menyebabkan rakyat & pembesar bangkit berjuang membebaskan kawasan & negeri mereka daripada pengaruh barat.Hal ini kerana rakyat melayu semakin ditindas akibat pelaksanaan sistem barat yang membebankan kehidupan mereka .






( Sumber Infromasi Sejarah Anda )




Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...