Ringkasan Penentangan Di Sarawak



1.Berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga menimbulkan bantahan daripada pemimpin tempatan. .

2.James Brooke menyerang pemimpin yang enggan menyerahkan daerah mereka kepada beliau.

3.Linggir menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.
4. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas tetapi Linggir dan pengikutnya tewas.

5. Pemimpin Iban Rentap menentang James Brooke kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun.

6.Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman.

7. James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung menyebabkan Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, tetapi sekali lagi mereka diserang.

8.Tentera James Broke berjaya mengalahkan Rentap dan beliau terpaksa berundur ke UIu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.

9.Penentangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang. Kehilangan Mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.


10.James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowittetapi SyarifMasahor telah menyerang kubu tersebut.Gagal Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudianmenyerang James Brooke di Kuching, tetapi gagal.

11.SyarifMasahor melarikan diri ke Brunei tetapi telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura.

12.Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.




( Sumber Infromasi Sejarah Anda )




Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...