Faktor Melaka Sebagai Pusat Perdagangan Asia Tenggara.....( 2 )

 

Melaka Berperanan Sebagai Pusat Entrepot 

1.Melaka sebagai pelabuhan entrepot yang menyediakan pelbagai barangan
2.Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. 
3.Menggalakkan kedatangan pendagang eropah,china & india untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.



Dasar Imperialisme Kerajaan Melaka 

1.Kerajaan Melaka berjaya menguasai kawasan yang luas sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. 
2.Hasil-hasil tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan & diperdagangkan
3.Penguasaan Melaka ke atas pinggir laut Sumatera telah menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan.

 

Kemudahan di Pelabuhan Melaka 

1.Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka. 
2.Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan daripada api, kerosakan dan kecurian. 
3.Gudang-gudang dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh penjaga.





( Sumber Infromasi Sejarah Anda )



Post views: counter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...